Apabila strategi Anda disalin, anda akan peroleh lebih banyak pendapatan
Terima komisen sebagai ganjaran dari setiap perdagangan anda.
Bagaimana ia berfungsi…
Untuk bermula ia adalah amat mudah dan percuma.
Jika anda belum memilikinya, sila buka Akaun Dagangan dengan Tickmill dengan baki minimum 250USD atau setara dalam mata wang lain
Daftar sebagai penyedia stratgi dan pilih akaun perdagangan yang anda ingin membenarkan pedagang lain untuk menyalinya. Baca panduan pengguna kami untuk bermula.
Pilih bayaran prestasi yang ingin anda kenakan, kekerapan dan mula untuk menjana pendapatan.
Pilih strategi anda & caj bayaran anda
Pilih akaun perdagangan yang anda inginkan pengikut untuk menyalin, pilih bayaran prestasi yang anda mahukan dan biarkan orang lain untuk menyalin anda!
Mengapa
Perdagangan Sosial Tickmill?
Perolehi lebih banyak pendapatan
Mengapa hadkan pendapatan anda? Jika anda adalah seorang pedagang yang berjaya, kongsikan strategi perdagangan anda tanpa sebarang usaha tambahan dan dapatkan bayaran di atas ganjaran perdagangan anda.

Yuran tersuai dan automatik
Pilih bayaran anda, berapa kerap anda mahu dibayar dan anda hanya perlu fikirkan dan tumpukan terhadap perdagangan anda. Bayaran akan ditolak secara automatik mengikut kadar pilihan anda tetapkan dan akan dihantar ke akaun anda.

Tarik lebih ramai pengikut
Semakin baik perdagangan anda, semakin baik peluang anda menarik pengikut baru dengan tampil di papan pendahulu. Biarkan pedagang mengikuti anda dan menyalin anda dan anda akan mendapat lebih banyak yuran ... Semakin baik anda berdagang, semakin banyak anda akan memperoleh!

Tutorial Video - Bagaimana untuk Bermula
Tickmill adalah tanda dagangan yang berdaftar bagi Kumpulan Syarikat Tickmill dan perkhidmatan disediakan oleh setiap entiti Tickmill yang berkenaan, yang diatur dan dilesenkan oleh pihak berkuasa yang kompeten masing-masing, dengan lebih terperinci, Tickmill Limited adalah firma pelaburan yang dilesenkan di bawah pengawalseliaan Financial Services Authority ("FSA"), dan dengan itu kami ingin memaklumkan kepada anda terlebih dahulu perkara-perkara berikut:
Perdagangan dalam instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi dan mempunyai potensi kerugian yang besar. Perdagangan produk kewangan dengan margin melibatkan risiko yang tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi pelaburan awal.
Dengan meneruskan menggunakan perkhidmatan yang disediakan, anda menerima risiko-risiko yang berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau produk tersebut, termasuk pengakuan bahawa anda boleh kehilangan lebih banyak wang daripada yang dilaburkan. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana perdagangan dalam instrumen kewangan berfungsi dan sama ada keadaan kewangan, gaya hidup, dan/atau tanggungjawab anda membenarkan anda mengambil risiko-risiko tersebut, kerana terdapat risiko yang tinggi untuk menerima kerugian keseluruhan pelaburan. Tiada jaminan keuntungan dan/atau tiada jaminan hasil berdasarkan prestasi lampau pada sebarang prestasi semasa atau masa depan, semua data disediakan semata-mata untuk tujuan maklumat. Tiada representasi dibuat bahawa mana-mana akaun atau strategi perdagangan akan atau mungkin mencapai keuntungan dan/atau kerugian yang serupa dengan yang dipaparkan.
Selain itu, anda perlu memahami bahawa sebarang perdagangan dalam "Akaun Demo" hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh digunakan sebagai jaminan bahawa perdagangan yang dilakukan dalam Akaun Demo akan mempunyai hasil yang sama atau serupa apabila berdagang dalam mana-mana Akaun Sebenar. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan Tickmill, anda memahami dan bersetuju dengan perkara-perkara berikut, yang tidak terhad kepada: semasa pasaran yang sangat berubah-ubah, pesanan mungkin mengalami slippage yang lebih besar (positif atau negatif) di akaun pengikut. Pesanan yang dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada penyedia isyarat mungkin berlaku. Penyedia isyarat perlu mengelakkan amalan perdagangan yang mungkin memberatkan pelayan perdagangan. Ia mungkin dianggap sebagai jenis penyalahgunaan dan penyedia isyarat boleh dilumpuhkan tanpa notis terlebih dahulu. Selain itu, mengambil kira jumlah ekuiti yang diuruskan oleh penyedia isyarat dan risiko ketidakstabilan yang mungkin dihadapi oleh pengikut, Tickmill berhak untuk mengubah penyedia isyarat dan/atau leverage pengikut pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Laman web ini tidak membuat sebarang janji, jaminan atau pernyataan bahawa aktiviti perdagangan dan/atau sistem perdagangan adalah sesuai atau menguntungkan untuk anda. Disyorkan dengan sangat agar anda berunding dengan seorang profesional bebas sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sebenar yang berkaitan dengan perdagangan dalam instrumen kewangan dan/atau produk atas talian, dan mengambil langkah yang sesuai untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan sebarang aktiviti perdagangan. Selanjutnya, kami ingin memaklumkan anda bahawa sistem perdagangan secara umumnya telah dibangunkan untuk pedagang yang mahir dan sepenuhnya memahami dan menghargai sifat dan skop risiko yang berkaitan dengan perdagangan.
Perdagangan dilakukan oleh anda adalah atas risiko dan keputusan anda sendiri, tiada entiti Tickmill memberikan sebarang nasihat pelaburan, dan Tickmill mengekalkan semua hak.
Soalan Lazim
Apakah Tickmill Social Trading?
Tickmill Social Trading ialah platform bersepadu yang membolehkan anda menyambung ke akaun lain dan menyalin dagangan mereka, atau menjadi Penyedia Strategi dan membenarkan pedagang lain menyalin anda dengan bayaran berbentuk peratusan Yuran Prestasi ke atas keuntungan yang anda hasilkan. Setelah akaun disambungkan, penyalinan berlaku secara automatik.
Bagaimanakah saya boleh menyertai Tickmill Social Trading?
Pastikan anda mempunyai akaun langsung, kemudian daftar sebagai Pengikut (untuk menyalin pedagang lain) atau Pembekal Strategi (untuk membenarkan orang lain menyalin dagangan anda) dengan kelayakan sedia ada anda. Sila ambil perhatian bahawa untuk menjadi Penyedia Strategi anda memerlukan akaun Tickmill Trading dengan baki minimum 250USD atau setara dalam mata wang lain.
Adakah ia berfungsi dengan MT4 dan MT5?
Kedua-dua platform layak untuk Tickmill Social Trading. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa jika anda memegang akaun MT4 dan Penyedia Strategi yang anda ikuti berdagang Saham CFD, anda tidak akan dapat menyalin dagangan tersebut kerana Saham hanya tersedia di MT5.
Di manakah saya boleh mengetahui lebih lanjut tentang alat tersebut?
Anda boleh mendapatkan panduan pengguna di sini.
Bolehkah saya menjadi Pengikut dan Penyedia Strategi pada masa yang sama?
Ya, tetapi anda memerlukan dua Akaun Dagangan yang berbeza. Daftar akaun utama anda (pendaftaran pertama) sebagai Pengikut/Penyedia Strategi dan tambah Akaun Dagangan kedua sebagai Penyedia Strategi/Pengikut.
Apakah “Penarafan” untuk Penyedia Strategi dan bagaimanakah ia dikira?
"Penarafan" ialah nilai agregat yang dikira oleh Tickmill menggunakan pelbagai ciri pulangan wajaran dan turun naik. Kami tidak mendedahkan pengiraan yang tepat dan kami berhak untuk menukarnya pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Bilakah Yuran Prestasi dibayar?
Yuran Prestasi dibayar pada akhir minggu atau bulan, bergantung pada kekerapan yang dipilih oleh Penyedia Strategi.
Bolehkah saya menambah lebih daripada satu akaun dagangan pada Dagangan Sosial?
Ya. Sila gunakan mana-mana akaun dagangan anda untuk mendaftar sebagai Penyedia Isyarat. Akaun dagangan ini akan menjadi akaun dagangan Utama anda. Anda kemudiannya boleh menggunakan akaun dagangan ini untuk menambah mana-mana akaun lain di Portal Pelanggan Dagangan Sosial yang akan ditandakan sebagai Akaun dagangan tambahan. Pergi ke Portal Pelanggan -> Akaun Saya -> Buat untuk menambah sebarang akaun dengan memasukkan kelayakan akaun dagangan anda.
Harap maklum, hanya Akaun Dagangan aktif Tickmill yang dibuat di Ruang Pelanggan boleh ditambahkan pada Tickmill Social Trading.
Bagaimanakah saya boleh mengarkibkan akaun saya yang didaftarkan sebagai Penyedia Strategi?
Anda boleh menghubungi kami dan meminta kami mengarkibkannya untuk anda.
Apakah keperluan untuk memuat naik Avatar?
Gambar mestilah dalam format JPG, JPEG atau PNG dan tidak boleh melebihi 20MB. Kami mengesyorkan anda menggunakan imej dengan tinggi dan lebar yang sama (cth 200x200 piksel).